Sunday, November 15, 2009

EMAS ADALAH MATA WANG SEBENAR....


Emas adalah wang yang sebenar. Jika kita hendak menyimpan wang simpanlah dalam bentuk emas (lebih bagus emas fizikal)
Dalam sejarah sekali pun telah terbukti bahawa Emas adalah wang yang terunggul tiada tolok bandingannya...sejak dari zaman kesultanan Melayu sehingga kini dan mungkin selamanya.

Sebenarnya wang kertas yang kita selalu gunakan ini gagal berfungsi sebagai wang sebenar. Ia mempunyai kelemahan yang sangat ketara kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ianya gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa lama dan akan merugikan penyimpannya.Perlu diingat musuh utama wang kertas ini adalan inflasi
yang berfungsi menghakiskan nilai wang kertas ini.

Disini menyimpan kekayaan dalam bentuk Emas akan memberi ketenangan jiwa kepada penyimpannya.Kita tidak perlu takut akan kehilangan nilai dalam jangka masa panjang
dan kita tidak perlu bergantung pada jaminan pemerintah tentang nilai wang kita.

Mulalah dari sekarang menyimpan EMAS ini...Fikir Fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment